Jual aset Tabung Haji: Najib dedah penipuan Mujahid PHDAP

Jual aset Tabung Haji: Najib dedah penipuan Mujahid PHDAP - Hallo sahabat WAH KABAR, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jual aset Tabung Haji: Najib dedah penipuan Mujahid PHDAP, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Aneh, Artikel Artist, Artikel Berita, Artikel Celebrities, Artikel Gossip, Artikel Hari Ini, Artikel Kabar, Artikel News, Artikel Singapore, Artikel Socialita, Artikel Today, Artikel Unik, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jual aset Tabung Haji: Najib dedah penipuan Mujahid PHDAP
link : Jual aset Tabung Haji: Najib dedah penipuan Mujahid PHDAP

Baca juga


Jual aset Tabung Haji: Najib dedah penipuan Mujahid PHDAP

Saya amat kesal bahawa Menteri jaga agama PH ini seolah-olah tiada agama dan sanggup membohong tentang aset Umat Islam serta memfitnah saya berbohong demi mempertahankan PH dari fakta Tabung Haji jual aset secara lambak semasa mereka memerintah.

Dulu dia kata TH tak jual aset. 

Kini, dia mengaku TH jual aset dan cuba memberi justifikasi kenapa TH perlu jual aset.

Dia pun buat posting bahawa saya tiada bukti untuk kenyataan saya bahawa TH Plantations tak pernah rugi sepanjang tempoh saya PM - iaitu tempoh THP menggandakan jumlah keluasan ladang milik mereka dari 15,000 hektar ke lebih 100,000 hektar (yang PH kemudian luluskan untuk jual lebih 76,200 hektar)

Saya PM dari 2009 ke suku pertama 2018.

Ini adalah prestasi kewangan rasmi THP yang dilapor kepada Bursa Malaysia:

Suku pertama 2018:
https://ift.tt/3gcTUrO

2016 & 2017:
https://ift.tt/3fZEbMY

2014 & 2015:
https://ift.tt/3ge9YKh

2012 & 2013:
https://ift.tt/3eXROe5

2010 & 2011
https://ift.tt/3jQ8E2m

2008 & 2009
https://ift.tt/3f2wrIL

Mujahid tolong tunjuk tahun mana di atas yang THP catat kerugian?

KEDUA, dia kata saya berbohong bahawa aset-aset THP Sarawak yang dijual PH tak pernah capai pengeluaran buah tandan segar sebanyak 52,040 tan.

Sila baca sendiri laporan THP di sini:
https://ift.tt/2P2sgln (page 14)

Jelas tertulis pengeluaran BTS pada tahun 2018 adalah 52,040 tan sebelum iannya dijual oleh PH pada harga jual dengan harga amat murah pada tahun 2019.

Lagi pelik ialah Mujahid juga mengaku bahawa pelaburan TH dalam aset-aset Sarawak yang dijual mereka pada awalnya mendatangkan keuntungan tetapi dia kata selepas itu ia mula mencatat kerugian demi kerugian.

Ini tidak betul. Ia mula mencatat kerugian HANYA pada tahun 2018 selepas PH tukar jurunilai dan banyak menurunkan nilai buku aset-aset buku TH untuk dijual kemudiannya.

Malah, kerugian besar seluruh THP selepas PH ambil alih adalah akibat "impairments" 

"February 28th, 2019: Impairments behind TH Plantations' big loss"
https://ift.tt/3jEiFj1

Impairments ini disebabkan jurunilai baru PH turunkan nilai buku aset dan THP perlu mencatat kerugian buku.

Antara aset yang diturunkan nilai buku ialah aset Sarawak tersebut yang diturunkan nilai dari RM360 juta (2017) ke RM120 juta (2018) sebelum dijual dengan harga RM170 juta kepada syarikat bukan bumiputera (2019).

Sehingga kini, Mujahid tak pernah menjawab kenapa THP tiba-tiba menukar jurunilai CH Williams yang amat terkenal selepas PH jadi kerajaan dan akibatnya nilai buku aset-aset THP diturunkan dengan banyak dan kenapa PH luluskan untuk jual 76.2% daripada jumlah keluasan ladang THP selepas nilai buku diturunkan.

Saya pun hairan dari mana Mujahid petik alasan-alasan untuk tuduh saya berbohong sedangkan fakta dan laporan rasmi kewangan THP ada di Bursa Malaysia.

Rupanya dia petik dari artikel "The Rocket" milik DAP pada 20 Februari 2020 sebelum PH tumbang iaitu masa kerajaan PH diberikan lesen untuk menipu Rakyat:

"Najib Razak in his statement claimed that TH Plantations Bhd (THP) had never lost business deals during his tenure as Prime Minister. He also claimed that the fresh fruit bunch (FFB) could produce 52,040 tonnes of assets in Sibu and Bintulu. Najib's claims could not be further from the truth.

https://ift.tt/3g33ldl

Ini posting menipu Mujahid: https://ift.tt/3hCmWBH

Dari FB Najib Razak


Demikianlah Artikel Jual aset Tabung Haji: Najib dedah penipuan Mujahid PHDAP

Sekianlah artikel Jual aset Tabung Haji: Najib dedah penipuan Mujahid PHDAP kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jual aset Tabung Haji: Najib dedah penipuan Mujahid PHDAP dengan alamat link https://wahkabar.blogspot.com/2020/07/jual-aset-tabung-haji-najib-dedah.html

Subscribe to receive free email updates: