BAGI JE LA, DEPA MASIH DARAH UMNO

BAGI JE LA, DEPA MASIH DARAH UMNO - Hallo sahabat WAH KABAR, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul BAGI JE LA, DEPA MASIH DARAH UMNO, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Aneh, Artikel Artist, Artikel Berita, Artikel Celebrities, Artikel Gossip, Artikel Hari Ini, Artikel Kabar, Artikel News, Artikel Singapore, Artikel Socialita, Artikel Today, Artikel Unik, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : BAGI JE LA, DEPA MASIH DARAH UMNO
link : BAGI JE LA, DEPA MASIH DARAH UMNO

Baca juga


BAGI JE LA, DEPA MASIH DARAH UMNO

Sinar Harian kemuka rayuan teruskan dialog
mahathir nazri
SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Sinar Harian telah menghantar surat rayuan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk kebenaran program Dialog Mahathir vs Nazri diteruskan seperti dirancang.

Surat tersebut telah dihantar ke pejabat Ketua Polis Negara, pada jam 3 petang tadi.

Ketua Pengarangnya, Norden Mohamed berkata, sebagai penganjur, Sinar Harian telah membuat segala persiapan rapi menjayakan program termasuklah memberi tumpuan khusus terhadap aspek keselamatan sebelum dan ketika program berlangsung.

"Surat rayuan tersebut akan diserahkan secepat mungkin hari ini," katanya, hari ini.

Program dialog antara bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dijadualkan Sabtu ini di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Kangsar, bermula jam 3 petang.

Norden berkata, kedua-dua pihak juga telah dimaklumkan mengenai surat rayuan berkenaan.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu kiriman WhatsApp kepada Sinar Harian memberitahu, rayuan meneruskan program tersebut boleh dibuat.


"Di bawah Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012, permohonan yang ditolak oleh KP (Ketua Polis) Negeri boleh merayu kepada KPN (Ketua Polis Negara)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan yang menolak permohonan penganjuran Dialog Mahathir vs Nazri setelah mengambil kira faktor keselamatan, ketenteraman awam, perlindungan hak dan kebebasan orang ramai.

Hasnan dalam satu kenyataan pagi tadi berkata, Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Ahmad Termizi Abd Haq telah menerima permohonan daripada wakil penganjur.


Hasnan telah menolak permohonan tersebut atas beberapa faktor antaranya kelewatan mengemukakan borang pemberitahuan, lokasi tidak sesuai sepertimana yang dinyatakan di bawah Seksyen 9(1) APA 2012.

Selain itu, polis juga menerima bantahan secara bertulis iaitu lapan laporan polis yang dibuat oleh orang awam dan penduduk sekitar terhadap program itu.


Demikianlah Artikel BAGI JE LA, DEPA MASIH DARAH UMNO

Sekianlah artikel BAGI JE LA, DEPA MASIH DARAH UMNO kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel BAGI JE LA, DEPA MASIH DARAH UMNO dengan alamat link https://wahkabar.blogspot.com/2017/03/bagi-je-la-depa-masih-darah-umno.html

Subscribe to receive free email updates: