BERSATU DAN PAS SUDAH TIADA KAITAN

BERSATU DAN PAS SUDAH TIADA KAITAN - Hallo sahabat WAH KABAR, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul BERSATU DAN PAS SUDAH TIADA KAITAN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Aneh, Artikel Artist, Artikel Berita, Artikel Celebrities, Artikel Gossip, Artikel Hari Ini, Artikel Kabar, Artikel News, Artikel Singapore, Artikel Socialita, Artikel Today, Artikel Unik, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : BERSATU DAN PAS SUDAH TIADA KAITAN
link : BERSATU DAN PAS SUDAH TIADA KAITAN

Baca juga


BERSATU DAN PAS SUDAH TIADA KAITAN


Pas tutup pintu rundingan dengan Bersatu
Mohd Amar Nik Abdullah

KOTA BHARU - Pas menutup pintu rundingannya dengan Bersatu selepas parti itu menyertai Pakatan Harapan semalam.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata tindakan itu dibuat selaras dengan syarat Pas kepada mana-mana pihak yang ingin bekerjasama dengannya iaitu tidak menjalin sebarang hubungan dengan seteru politiknya iaitu DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

"...kira tutup bukulah. Sebab itu pendirian parti, daripada awal pun memang jelas," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri persidangan Dun Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Semalam, Pakatan Harapan sebulat suara menerima Bersatu sebagai ahli terbaharu gabungan itu selepas majlis presiden gabungan itu memutuskan perkara tersebut dalam mesyuaratnya di Kuala Lumpur.

Ditanya mengenai pertemuan dengan Bersatu sebelum ini, Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata ia hanya berkisar mengenai pandangan parti itu terhadap beberapa perkara.

"Sebelum ini kita lebih kepada berbincang, tak ada rundingan betul lagi. Kita hanya berbincang idea-idea, isu-isu...itu sahaja. Tapi belum sampai ke peringkat serius dan muktamad.

"Kita di peringkat pusat pun, memang asas berunding masa itu ialah selagi Bersatu tidak bersama dengan Pakatan Harapan. Itu yang kita boleh runding. Bila dia (Bersatu) sudah rasmi (sertai Pakatan Harapan), jadi putuslah (hubungan)," katanya. –Bernama


Demikianlah Artikel BERSATU DAN PAS SUDAH TIADA KAITAN

Sekianlah artikel BERSATU DAN PAS SUDAH TIADA KAITAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel BERSATU DAN PAS SUDAH TIADA KAITAN dengan alamat link https://wahkabar.blogspot.com/2017/03/bersatu-dan-pas-sudah-tiada-kaitan.html

Subscribe to receive free email updates: