DILARANG BERKUMPUL DI LOBI PARLIMEN

DILARANG BERKUMPUL DI LOBI PARLIMEN - Hallo sahabat WAH KABAR, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul DILARANG BERKUMPUL DI LOBI PARLIMEN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Aneh, Artikel Artist, Artikel Berita, Artikel Celebrities, Artikel Gossip, Artikel Hari Ini, Artikel Kabar, Artikel News, Artikel Singapore, Artikel Socialita, Artikel Today, Artikel Unik, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : DILARANG BERKUMPUL DI LOBI PARLIMEN
link : DILARANG BERKUMPUL DI LOBI PARLIMEN

Baca juga


DILARANG BERKUMPUL DI LOBI PARLIMEN

Speaker larang petugas media kumpul di lobi Parlimen
Tan Sri Pandikar Amin Mulia
Tan Sri Pandikar Amin Mulia 
 
KUALA LUMPUR - Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini membuat ketetapan melarang petugas media daripada berkumpul di lobi Parlimen berkuat kuasa serta merta dan hanya dibenarkan berada di pusat media yang telah disediakan.

Beliau membuat keputusan itu berikutan rungutan yang diterima daripada ahli parlimen yang kurang selesa dengan kehadiran ramai petugas media di lokasi tersebut.

"Saya sendiri kurang selesa kerana saya rasa ada media di merata-rata seolah-olah ruang di luar sana (lobi Parlimen) adalah tempat berkelah.

"Sehubungan itu, saya membuat ketetapan bahawa wakil media massa yang hadir di Parlimen hendaklah membuat liputan sesi persidangan Dewan Rakyat atau sidang media ahli parlimen hanya di pusat media. Berkuat kuasa serta merta," katanya sejurus selepas sesi soal jawab lisan tamat pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Pandikar Amin berkata, Peraturan 94, Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat memperuntukkan kuasa kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk memberikan kebenaran kepada wakil media massa untuk membuat liputan di Parlimen.

Pandikar Amin menegaskan sekiranya pihak media didapati melanggar mana-mana peraturan yang ditetapkan, Yang Dipertua Dewan Rakyat mempunyai hak untuk menarik balik kebenaran tersebut.

Selepas membuat peraturan tersebut, Datuk Mahfuz Omar (Pas-Pokok Sena) bangun untuk meminta penjelasan daripada Pandikar Amin bahawa Parlimen perlu mengambil kira jarak pusat media dengan lobi Parlimen yang menyukarkan petugas media untuk melakukan tugas mereka terutama dalam memantau pergerakan ahli parlimen dan menteri Kabinet.

Katanya, faktor itu memaksa petugas media berkumpul di lobi Parlimen bagi mendapatkan respons atau maklumat balas segera daripada mana-mana ahli parlimen dan menteri Kabinet berhubung isu dan perkara tertentu.

"Bagi saya, saya tidak menghadapi sebarang masalah dengan kehadiran mereka. Malah mereka memeriahkan Parlimen. Saya minta pihak Parlimen sediakan sedikit ruang untuk mereka di lobi Parlimen," katanya.

Menjawab kenyataan Mahfuz, Pandikar Amin berkata, tidak ada mana-mana ahli parlimen di negara lain yang diterjah petugas media sejurus keluar dari dewan persidangan.

Sebelum ini, kebiasaannya berpuluh petugas media dari pelbagai agensi berkumpul di lobi Parlimen berhampiran beberapa pintu masuk ke Dewan Rakyat bagi menjalankan tugas mereka.

Pusat media pula terletak di tingkat bawah bahagian belakang bangunan Parlimen. - Bernama


Demikianlah Artikel DILARANG BERKUMPUL DI LOBI PARLIMEN

Sekianlah artikel DILARANG BERKUMPUL DI LOBI PARLIMEN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel DILARANG BERKUMPUL DI LOBI PARLIMEN dengan alamat link https://wahkabar.blogspot.com/2017/03/dilarang-berkumpul-di-lobi-parlimen.html

Subscribe to receive free email updates: