ALHAMDULILLAH, RAMAI RUPANYA KAWAN PAS

ALHAMDULILLAH, RAMAI RUPANYA KAWAN PAS - Hallo sahabat WAH KABAR, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ALHAMDULILLAH, RAMAI RUPANYA KAWAN PAS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Aneh, Artikel Artist, Artikel Berita, Artikel Celebrities, Artikel Gossip, Artikel Hari Ini, Artikel Kabar, Artikel News, Artikel Singapore, Artikel Socialita, Artikel Today, Artikel Unik, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ALHAMDULILLAH, RAMAI RUPANYA KAWAN PAS
link : ALHAMDULILLAH, RAMAI RUPANYA KAWAN PAS

Baca juga


ALHAMDULILLAH, RAMAI RUPANYA KAWAN PAS

Gagasan sejahtera lebih baik berbanding pakatan
Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi Awang

ALOR SETAR - Pas bersama rakan blok ketiga melalui Gagasan Sejahtera akan dimantapkan dengan penyertaan kalangan rakyat, pimpinan masyarakat, mantan pegawai tinggi kerajaan, serta NGO sebagai asas mendepani suasana politik yang semakin hangat kini.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, agenda ini lebih sistematik dan dirangka sebaik sahaja selesai muktamar ini.

“Kita bentuk gagasan baharu ini yang lebih bersifat setiakawan dengan libatkan semua kaum dan pelbagai parti politik, NGO serta tokoh pelbagai kaum, di mana kita ambil kira masyarakat majmuk walaupun kita tonjolkan Islam sebagai penyelesaian,” katanya, pada sidang media hari ini.

Menurutnya, semua pihak wajar memahami Islam adalah agama yang sempurna, termasuk ideologi dan teori politiknya.

“Jika kaum lain boleh perjuangkan idelogi masing-masing, seperti Melayu, Cina, India dan Barat, kenapa tidak boleh terima pendekatan politik Islam dalam pelbagai cabang antaranya, ekonomi. Ini yang mahu kita perkenalkan sebagai alternatif kepada pakatan sedia ada,” katanya.

Abdul Hadi berkata, gagasan baharu ini diwujudkan susulan sebelum ini, terdapat rakan politik yang tidak menghormati pendirian Islam yang Pas perjuangkan.

“Kita tak ganggu pihak lain, tapi pihak lain yang ganggu kita. Mereka langgar sempadan, sebab itu itu kita wujudkan gagasan baharu yang lebih baik,” katanya.

Menurutnya, anggota gagasan ini terbuka kepada semua pihak namun belum tiba masanya untuk umum secara rasmi.


Demikianlah Artikel ALHAMDULILLAH, RAMAI RUPANYA KAWAN PAS

Sekianlah artikel ALHAMDULILLAH, RAMAI RUPANYA KAWAN PAS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ALHAMDULILLAH, RAMAI RUPANYA KAWAN PAS dengan alamat link https://wahkabar.blogspot.com/2017/04/alhamdulillah-ramai-rupanya-kawan-pas.html

Subscribe to receive free email updates: