MUKTAMAT PAS DAN BERSATU TIADA HUBUNGAN

MUKTAMAT PAS DAN BERSATU TIADA HUBUNGAN - Hallo sahabat WAH KABAR, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MUKTAMAT PAS DAN BERSATU TIADA HUBUNGAN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Aneh, Artikel Artist, Artikel Berita, Artikel Celebrities, Artikel Gossip, Artikel Hari Ini, Artikel Kabar, Artikel News, Artikel Singapore, Artikel Socialita, Artikel Today, Artikel Unik, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MUKTAMAT PAS DAN BERSATU TIADA HUBUNGAN
link : MUKTAMAT PAS DAN BERSATU TIADA HUBUNGAN

Baca juga


MUKTAMAT PAS DAN BERSATU TIADA HUBUNGAN


Pas tegaskan tiada hubungan politik dengan Bersatu
Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi 
 
ALOR SETAR - Pas menegaskan parti itu tidak mempunyai hubungan politik dengan Bersatu.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, berdasarkan kepada penilaian yang dibuat, Bersatu didapati tidak ketentuan arah.

“Pas sudah buat keputusan, tiada hubungan dengan Bersatu. Pemimpinnya pun tidak tahu siapa, siapa imam siapa makmum pun tak pasti,” katanya, pada sidang media, selepas merasmikan Muktamar Tahunan Pas, hari ini.

Mengulas mengenai tahaluf siyasi bersama PKR, Abdul Hadi berkata, perkara itu akan dikaji dari semasa ke semasa.

“Jika ada yang bercanggah dengan syarat, sebab kita ada rukun dan syaratnya, ia turut bercanggah dengan moral dan kerjasama. Pas akan buat keputusan berhubung isu ini,” katanya.

Secara sinis, Abdul Hadi berkata, Pas adalah sebuah parti yang sabar dalam membuat sebarang keputusan penting.

“Pas sabar, kita tidak boleh layan parti yang tidak sabar,” katanya.

Mengulas kerjasama Pas bersama parti-parti lain, Abdul Hadi berkata, Pas tetap menghormati parti lain walaupun berbeza perjuangan.

“Kedudukan Pas dibandingkan parti lain adalah seimbang dan saksama, kita juga saling menghormati. Jangan berbeza tetapi tidak hormati,” katanya.

Menurutnya, sebagai contoh, isu RUU355 yang dibentangkan di Parlimen menunjukkan wujud perbezaan kalangan parti politik.

“Walaupun ketika itu dalam semangat setiakawan, namun sejak awal pihak terbabit buat kenyataan,   bersetuju untuk tidak bersetuju malah melakukan kempen gerakan menentang apa yang Pas mahukan,” katanya.

Tambahnya, situasi itu bercanggah dengan konsep kerjasama.


Demikianlah Artikel MUKTAMAT PAS DAN BERSATU TIADA HUBUNGAN

Sekianlah artikel MUKTAMAT PAS DAN BERSATU TIADA HUBUNGAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MUKTAMAT PAS DAN BERSATU TIADA HUBUNGAN dengan alamat link https://wahkabar.blogspot.com/2017/04/muktamat-pas-dan-bersatu-tiada-hubungan.html

Subscribe to receive free email updates: