RAFIZI PUNCA PAS PKR RUNCING, ADA TUJUAN POLITIK

RAFIZI PUNCA PAS PKR RUNCING, ADA TUJUAN POLITIK - Hallo sahabat WAH KABAR, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul RAFIZI PUNCA PAS PKR RUNCING, ADA TUJUAN POLITIK, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Aneh, Artikel Artist, Artikel Berita, Artikel Celebrities, Artikel Gossip, Artikel Hari Ini, Artikel Kabar, Artikel News, Artikel Singapore, Artikel Socialita, Artikel Today, Artikel Unik, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : RAFIZI PUNCA PAS PKR RUNCING, ADA TUJUAN POLITIK
link : RAFIZI PUNCA PAS PKR RUNCING, ADA TUJUAN POLITIK

Baca juga


RAFIZI PUNCA PAS PKR RUNCING, ADA TUJUAN POLITIK

 
 SEJAK LANGKAH KAJANG YANG DICIPTA
OLEHNYA MAKA BERMULALAH KERETAKAN
DIANTARA PAS DAN PKR. MUNGKIN ADA TUJUAN
POLITIK SUPAYA PKR TERSUNGKUR

WALAU APAPUN DIA TETAP JUGA AKAN DIPENJARAKAN DISEBABKAN TERLALU 
FITNAH YANG DILAKUKANNYA


-Pak Karamu-
 
 
Provokasi politik kotor Rafizi perlu dihentikan
Rafizi
Rafizi Ramli. - Foto Sinar Harian
 
KOTA BHARU - Provokasi politik kotor yang dibuat Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mengenai tuduhan Pas menerima wang daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) perlu dihentikan segera.

Naib Ketua Pemuda Pas Kelantan, Mohd Arif Abdullah berkata, tuduhan yang tidak berbukti itu sebenarnya hanya mainan politik parti tertentu untuk memecah-belahkan kepercayaan penyokong kepada parti Islam itu.

Malah, beliau memberitahu, ini bukan kali pertama pemimpin itu cuba memburukkan nama Pas dengan mengaitkan dengan pemberian dana, sekali gus membuktikan ia hanya sengaja dibuat untuk menimbulkan persepsi negatif kepada parti itu.

“Ini bukan kali pertama, dah masuk tiga kali tuduhan yang hampir sama dilemparkan kepada Pas. Jelas bahawa motif sebenar mereka adalah untuk menghakis kepercayaan penyokong kepada Pas. Memang pada mulanya isu ini dimainkan, penyokong mungkin agak gusar.

“Namun kini setelah pelbagai kenyataan berbeza dikeluarkan dengan isu yang hampir sama, saya yakin penyokong sedar, mereka sudah kenal, sudah tahu dan akan menolak perkara tersebut. Mereka tahu siapa yang berada di pihak yang benar,” katanya kepada media di sini.

Beliau diminta mengulas mengenai tindakan Rafizi yang mendakwa Pas menerima wang daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Individu yang menerima dana itu dibayangkan sebagai bekas pemimpin kanan Pas.

Bagaimanapun, sehingga kini identiti tersebut masih belum didedahkan.

Menurutnya, tindakan putar belit isu, dan percanggahan dalam isu dana tersebut amatlah dikesali dan ia dilihat sebagai langkah untuk memburukkan nama Pas sebagai parti yang memperjuangkan Islam di negara ini.

"Pemuda Pas yakin, dengan perjuangan yang dibawa sehingga kini, penyokong masih istiqamah dan memberi sepenuh kepercayaan kepada parti itu berbanding terus bermimpi dalam dunia ciptaan mereka yang tidak berpuas hati dengan Pas," katanya.


Demikianlah Artikel RAFIZI PUNCA PAS PKR RUNCING, ADA TUJUAN POLITIK

Sekianlah artikel RAFIZI PUNCA PAS PKR RUNCING, ADA TUJUAN POLITIK kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel RAFIZI PUNCA PAS PKR RUNCING, ADA TUJUAN POLITIK dengan alamat link https://wahkabar.blogspot.com/2017/04/rafizi-punca-pas-pkr-runcing-ada-tujuan.html

Subscribe to receive free email updates: