PAS KEKAL TEGAS DENGAN DASARNYA

PAS KEKAL TEGAS DENGAN DASARNYA - Hallo sahabat WAH KABAR, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAS KEKAL TEGAS DENGAN DASARNYA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Aneh, Artikel Artist, Artikel Berita, Artikel Celebrities, Artikel Gossip, Artikel Hari Ini, Artikel Kabar, Artikel News, Artikel Singapore, Artikel Socialita, Artikel Today, Artikel Unik, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAS KEKAL TEGAS DENGAN DASARNYA
link : PAS KEKAL TEGAS DENGAN DASARNYA

Baca juga


PAS KEKAL TEGAS DENGAN DASARNYA


Umno jangan terlalu teruja
Salim Mahmood
Salim Mahmood
 
ALOR SETAR - Pemuda Pas Kedah mengingatkan Umno supaya tidak terlalu teruja apabila parti Islam itu memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR seperti yang diusulkan pada Muktamar Tahunan Pas kali ke-63, baru-baru ini.

Ketuanya, Salim Mahmood berkata, ini menunjukkan ketegasan Pas terhadap mana-mana pihak dalam memastikan prinsip dan dasar Islam yang menjadi teras perjuangan Pas terus terpelihara mengatasi segala kepentingan, politik kuasa dan kebendaan.

“Pemuda Umno Kedah tak perlu gembira dengan keputusan Pas kerana kami sendiri tidak ada ikatan politik dengan Umno. Bahkan Umno sendiri tidak jauh bezanya kerana tak berani bertegas kepada rakan komponen BN untuk menegakkan syariat Islam dalam negara.

“Umno masih menyimpan kebimbangan dan tidak yakin pada diri sendiri untuk melaksanakannya walaupun menerajui pemerintahan. Begitu juga sayap-sayap Umno tidak berani menyuarakan perihal kelemahan, penyelewengan dan salah guna kuasa dalam urus tadbir negara,” katanya.

Menurutnya, Pemuda Umno Kedah tidak perlu menjadi konsultan politik kepada Pas untuk bertahaluf siyasi dengan mana-mana pihak dan mengambil sebarang langkah politik.

“Pas tidak hilang punca apatah lagi berjalan di dalam kegelapan, akan tetapi kekal berdiri di atas paksi teguh untuk pertahankan dan meninggikan agama ALLAH.

“Pas sentiasa membuka pintu muzakarah bahkan telah lama membukanya kepada mana-mana pihak untuk membincangkan hal-hal berkaitan pelaksanaan syariat, pembangunan negara dan sebagainya atas dasar sebuah parti politik yang mengamalkan budaya politik matang dan sejahtera,” katanya.

Jelasnya, dengan menggariskan syariat maka ia mestilah berteraskan Islam serta kesediaan melakukan islah (perdamaian) dan tajdid (pembaharuan) sebagaimana panduan al-Quran dan sunnah.

“Inilah masa terbaik untuk Umno kembali berpegang kepada tali ALLAH dalam segenap ehwal dan menginsafi serta bertaubat atas segala kesilapan dan dosa lalu dengan mencari serta memohon keampunan ALLAH.

“Umno perlu berubah kerana politik juga tertakluk kepada perhitungan dosa dan pahala di mana akhirnya kita akan kembali kepada ALLAH jua,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Pemuda Umno Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin memuji langkah berani Pas yang sebulat suara menyokong usul memutuskan tahaluf siyasi bersama PKR pada Muktamar Tahunan Pas, baru-baru ini.

Beliau menyifatkan Pas mengorak langkah positif yang dilihat bertepatan prinsip dan pegangan parti itu selama ini.


Demikianlah Artikel PAS KEKAL TEGAS DENGAN DASARNYA

Sekianlah artikel PAS KEKAL TEGAS DENGAN DASARNYA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PAS KEKAL TEGAS DENGAN DASARNYA dengan alamat link https://wahkabar.blogspot.com/2017/05/pas-kekal-tegas-dengan-dasarnya.html

Subscribe to receive free email updates: