Judul : Akta tangani isu pemandu mabuk : Wee Ka Siong komited dan serius, Anthony Loke tiba-tiba macam cacing kena bara gudang garam.
link : Akta tangani isu pemandu mabuk : Wee Ka Siong komited dan serius, Anthony Loke tiba-tiba macam cacing kena bara gudang garam.
Akta tangani isu pemandu mabuk : Wee Ka Siong komited dan serius, Anthony Loke tiba-tiba macam cacing kena bara gudang garam.
15 Julai 2020, satu sejarah tercipta di Dewan Rakyat apabila Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong menjawab soalan berkaitan isu pemandu mabuk.
Memetik tulisan Ka Siong di FB beliau :
"Hari ini Ahli Parlimen Arau bertanyakan soalan mengenai isu pemandu mabuk di Dewan Rakyat.
"Ini jawapan dan penjelasan saya, termasuk pertanyaan-pertanyaan yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Seremban yang juga bekas Menteri Pengangkutan dan Ahli Parlimen Lumut.
"Ini pula sidang media saya yang disiarkan secara langsung pagi tadi :
https://www.facebook.com/wksbmenglish/videos/283732982845450/?vh=e&d=n
#JanganMemanduSelepasMinumAlkohol
#KeselamatanJalanRayaTanggungjawabBersama
#SayangiDiriKeluargaDanMasyarakat
VIDEO DARI DALAM DEWAN RAKYAT :
https://www.facebook.com/wksbmenglish/posts/1647927555374742
Nampaknya Ahli Parlimen Seremban yang juga bekas Menteri Pengangkutan bagai cacing kepanasan. Laju je dia 'claim credit', kononnya dia yang memulakan langkah untuk meminda Akta 333.
Hello, hakikat menyedari bahawa selama hampir 2 tahun PH memerintah, mereka hanya pandai cakap, cakap dan cakap saja. Langsung tak nampak kerja dibuat!
Jauh berbeza dengan menteri-menteri dalam kerajaan PN hari ini. Baru angkat sumpah sebagai menteri pada bulan Mac, Ka Siong terus memulakan langkah ke arah memperkasakan Akta 333 khususnya berkaitan pemandu mabuk / dipengaruhi dadah dan juga pemanduan secara melulu.
Beliau telah mengarahkan JPJ dan pasukannya untuk segera menyiapkan draf cadangan pindaan Akta 333 tersebut.
Dan pada 24 Jun 2020, beliau telah membentangkan kepada Kabinet dan Kabinet juga telah bersetuju secara prinsipnya. Cuma kini tinggal sedikit saja lagi untuk dimuktamadkan termasuk melibatkan semua pihak seperti pihak Jabatan Peguam Negara, sebelum dibawa ke Dewan Rakyat seterusnya diwartakan.
Kesimpulannya, Ka Siong dan kerajaan PN hari ini lebih komited serta serius dalam usaha menjaga kepentingan rakyat khususnya dalam soal keselamatan jalan raya. PH? Cakap, cakap dan cakap saja. Sembang lebih, kerja habuk pun tarak!
Tonton juga video ini :
Demikianlah Artikel Akta tangani isu pemandu mabuk : Wee Ka Siong komited dan serius, Anthony Loke tiba-tiba macam cacing kena bara gudang garam.
Sekianlah artikel Akta tangani isu pemandu mabuk : Wee Ka Siong komited dan serius, Anthony Loke tiba-tiba macam cacing kena bara gudang garam. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Akta tangani isu pemandu mabuk : Wee Ka Siong komited dan serius, Anthony Loke tiba-tiba macam cacing kena bara gudang garam. dengan alamat link https://wahkabar.blogspot.com/2020/07/akta-tangani-isu-pemandu-mabuk-wee-ka.html